Senarai soalan berikut dapat membantu menzahirkan apakah tujuan hidup kita, soalan-soalan ini bertujuan sebagai panduan mendapatkan kerangka pemikiran yang akan mentakrifkan misi pribadi kita dalam hidup ini.
Caranya mudah saja, iaitu:
- Sediakan beberapa helai kertas kosong dan pen atau pensil.
- Carilah tempat yang anda tidak akan terganggu. Matikan telefon bimbit anda.
- Tuliskan jawapan kepada setiap soalan berikut. Tulislah apa saja yang pertama muncul dalam minda anda. Tulis saja jangan edit. Gunakan bentuk point saja, jangan buat essei pula. Penting untuk menulis saja jawapan anda daripada memikirkan jawapan itu.
- Tulis dengan cepat. Ambil masa kurang daripada 60 saat tiap soalan. Kalau boleh kurang daripada 30 saat.
- Bersikap jujur. Tiada siapa pun yang akan membacanya. Sangat penting menulis saja tanpa editing.
- Bergembiralah semasa anda melakukan ini dan senyum apabila anda menulis jawapannya, jangan tension.
- Apakah yang membuat anda tersenyum? (Kegiatan, manusia, kejadian, hobi, projek dan lain-lain)
- Apakah yang anda suka lakukan pada masa lalu? Apakah yang anda suka lakukan sekarang?
- Apakah kegiatan yang tidak dapat dicapai kerana kekurangan masa?
- Apakah yang membuat anda bangga dengan diri anda?
- Siapakah yang paling memberikan inspirasi kepada anda? (Sesiapa yang anda tahu atau anda tidak tahu. Keluarga, kawan, penulis, seniman, pemimpin, etc.) Kualiti apakah dalam setiap mereka itu yang memberi inspirasi kepada anda?
- Apakah bakat semulajadi anda? (Kemahiran, kebolehan, pemberian tuhan, etc.)
- Apakah yang selalu orang lain minta pertolongan anda (jenis permintaan)?
- Jika anda ingin mengajar sesuatu, apakah yang anda suka mengajar?
- Apakah yang anda sesali tidak berbuat sepenuhnya, tidak mendapat atau tidak punyai dalam hidup ini?
- Bayangkan anda sekarang berumur 90 tahun, duduk atas sebuah kursi goyang di beranda sebuah bungalo; anda dapat merasai tiupan angin sepoi-poi bahasa menerpa ke wajah anda. Anda sungguh tenang dan bahagia, gembira dengan kehidupan hebat yang telah tuhan kurniakan kepada anda. Menyusuri kembali hidup anda dan apa yang telah anda capai dan dapat, semua hubungan persahabatan yang telah anda bina; apakah yang menjadi masalah penting anda sekarang? Senaraikan semuannya.
- Apakah nilai hidup anda yang terdalam? Pilih tiga (3) hingga enam (6) dan berikan keutamaan mengikut anda.
- Apakah cabaran, kesukaran dan kepayahan yang anda sudah berhasil lalui atau dalam proses mengatasinya? Bagaimanakah anda melakukannya?
- Apakah kegiatan atau tujuan tertentu untuk melakukan sesuatu yang anda sangat yakin melakukannya? Ingin dikaitkan dengan? (kerja-kerja kebajikan atau bantuan kepada yang lain).
- Jika anda dapat menyampaikan suatu pesanan kepada sekumpulan besar manusia. Siapakah mereka itu? Apakah mesej yang ingin anda sampaikan?
- Sekiranya anda mempunyai bakat, keinginan yang kuat (passions) dan nilai murni. Bagaimanakah anda menggunakan sumber-sumber ini bagi memberi khidmat, membantu, menyumbang? ( kepada manusia, sesiapa saja, tujuan tertentu, organisasi, persekitaran, planet, etc.)
- Apakah yang ingin saya lakukan?
- Siapakah yang akan saya bantu?
- Apakah hasilnya? Apakah nilai murni yang akan saya ciptakan?
Langkah mencipta Pernyataan Misi Pribadi Anda:
1. Lakukan latihan menjawab 15 soalan di atas secepat yang mungkin.
2. Senaraikan perkataan tindakan (actions words) yang menyentuh minat anda. Contohnya, mendidik, mencapai, memberi kuasa (empower), menggalakkan, memperbaiki (improve), membantu, memberi, memandu, menginspirasi, menyepadukan, menguasai, memotivasi, menumbuhkan (nurture), menyusun (organize), menghasilkan (produce), mempromosi (promote), mengembara (travel), menyebar (dahwah), berkongsi (share), memuaskan (satisfy), memahami (understand), mengajar (teach), menulis (write), etc.
3. Berdasarkan jawapan terhadap 15 soalan. Senaraikan semuanya dan setiap orang yang anda percaya dapat membantu anda, contohnya manusia, makhluk, organisasi, tujuan tertentu (causes), kumpulan, persekitaran, etc.
4. Kenalpasti sasaran akhira anda. Bagaimanakah “sesiapa” dalam jawapan anda yang akan mendapat manfaat dengan apa yang akan lakukan?
5. Gabungkan langkah 2 hingga 4 ke dalam satau ayat, atau 2 atau 3 ayat.
Apakah tujuan anda? Apakah misi anda? Nyatakan dengan jelas. Langkah 5 di atas menyatakan Misi Pribadi Anda.
Bagi kita sebagai seorang Muslim yang komited, menyebarkan salam dan ajaran Al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah menjadi misi utama kehidupan kita. Lebihkan member (giving) daripada meminta(asking). Lebihkan sumbangan daripada menerima sumbangan.
Selamat mencuba dan berbahagialah dengan misi anda.
Ismail Abdullah, Teras Jernang, 20 Feb 2012.
No comments:
Post a Comment