Buku “The Chemistry of Success” karangan Susan M. Lark dan James A. Richards menggariskan enam (6) petua bagi Kimia Kejayaan.
- Keseimbangan asid dan alkali dalam badan.
- Sistem penghadaman badan
- Keupayaan mendetoks diri
- Aras oksigen dalam badan
- Pengurusan tekanan (stress)
- Hormon seks
Buku yang setebal 754 halaman ini telah diterbitkan oleh Bay Books pada tahun 2000 di San Francisco, Amerika.
Susan dan James melalui buku ini, ingin mengemukakan satu pertanyaan;
“Why do many highly successful people have abundant energy and the determination and focus to succeed while sometimes ignoring many of the rules of good health? Might these individuals have a chemical makeup that differs substantially from that of the rest of the population? Is there in fact a “chemistry of success”, and if so, can it be restored in individuals who have lost it or created in those who never possessed it?”.
Terjemahan bebas dapat dinyatakan sebagai;
Kenapa ramai daripada orang-orang yang berjaya mempunyai tenaga yang banyak dan kemahuan dan fokus kepada kejayaan, kadang-kadang melupakan banyak peraturan bagi kesihatan yang baik? Barangkali orang-orang ini mempunyai binaan kimia yang membezakan secara jelas daripada penduduk yang lain? Apakah ada yang disebut sebagai “Kimia Kejayaan”, dan jika ada bolehkah ianya dimasukkan kepada orang-orang yang kehilangannya itu atau dicipta bagi yang belum memilikinya.
Susan seorang doctor dan James seorang usahawan menjangkakan terdapat apa yang disebut sebagai Kimia Kejayaan dalam diri mereka yang sukses. Mereka memerhatikan ahli politik, pemain tenis, pemain bolasepak dan ramai lagi yang terlibat dalam kerjaya yang meletihkan mempunyai banyak tenaga dan tidak kelihatan penat sedikit pun. Mereka juga jarang jatuh sakit yang teruk. Mereka sukses dalam kerjaya masing-masing pada peringkat tertinggi.
Dalam kajian mereka (Susan dan James), tidak disebut dengan jelas bahwa kesihatan merupakan faktor utama kejayaan. Hampir semua buku mengatakan sikap positif merupakan faktor utama kejayaan, namun tidak jelas apakah faktorsebenar kejayaan orang yang berada di puncak kejayaan itu. Apa yang dapat mereka perhatikan ialah manusia-manusia jenis ini mempunyai tenaga dan stamina yang tidak terbatas.
Susan sebagai seorang doctor perubatan mendapati ada semacam ketidakstabilan kimia pada diri pesakitnya sehingga mereka selalu mengadu sakit ini dan itu yang berkaitan dengan organ luaran dan dalaman pesakitnya. Sementara James sebagai seorang ahli perniagaan banyak memerhatikan tingkahlaku manusia yang dia temui dalam bidang perniagaan dan politik.
Susan merumuskan adanya suatu hukum yang beliau namakan sebagai Hukum Pengurangan Harapan (The Law of Diminishing Expectation) apabila penyakit pesakit beliau bertambah teruk dari hari ke hari.
Akhirnya mereka membuat kesimpulan bahwa terdapat enam (6) factor kimia yang diperlukan bagi kesuksesan seseorang yang berada di puncak kejayaan. Setiap orang yang ingin Berjaya dan berada di puncak kejayaan mestilah melakukan perkara-perkara berikut:
- Mengawal keseimbangan asid dan alkali dalam badan.
- Menghasilkan enzim penghadaman.
- Mendetoksidkan segala kimia toksid dalam badan.
- Menambah aliran oksigen kepada tisu dan sel.
- Menetralkan semua ketidakstabilan kimia dalam badan akibat stress.
- Menghasilkan hormone seks
Selagi keenam-enam factor diatas berkerja dalam keadaan yang maksimum, maka tenaga dan stamina yang maksima akan tercapai dalam diri seseorang individu.
Itu hasil kajian dan penelitian Susan dan James melalui kerjaya masing-masing. Buku yang setebal 754 halaman itu memperincikan secara jelas dan terang dengan kajian–kajian kes mereka bagi menyokong dakwaan mereka itu.
Saya melihat senarai diatas dengan kagum kerana mereka membuat kajian mendalam dan mengambil masa bertahun-tahun untuk menerbitkan buku yang tebal itu. Faktor 1 dan 2 berkaitan dengan makanan dan Nabi Muhammad SAW menyatakan dalam hadithnya bahwa segala penyakit berasal dari perut. Makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Menjaga apa yang kita makan sangat penting, terutama memakan makanan yang halal lagi baik. Faktor 3 dan 4 melalui senaman, Nabi mencadangkan berenang dan berkuda sebagai senaman, tetapi apa saja bentuk senaman yang dapat mengeluarkan peluh (detoks) dikira memadai. Senaman juga sekaligus memasukkan oksigen ke dalam badan dan dengan itu menambah kemasukan oksigen bagi kesihatan tisu dan sel dalam badan. Factor 5 melalui solat, puasa dan lain-lain ibadah yang kita kerja dengan lkhlas dan factor keenam ada panduan dalam Islam sehingga Islam membenarkan kaum Muslimin mempunyai isteri lebih dari satu bagi menguruskan masalah seks.
Islam telah menyediakan segala-galanya, tetapi apakah kita mengamalkan sepenuhnya panduan Al-Quraan dan Hadith bagi menjaga kesihatan rohani dan jasmani. Kita fikir dan bertindaklah sesuai dengan panduan agama kita agar kejayaan dapat kita capai dan pertahankan secara lestari.
Wallahu a'lam.
Ismail Abdullah, Teras Jernang, 2 September 2011.
No comments:
Post a Comment