Wednesday, 27 July 2011

Kaedah Kawakita Jiro dan teknik Surah Yusof

Sesudah menghadiri bengkel ini saya fikir semua orang boleh dilatih untuk menulis apa saja perkara dalam hidup masing-masing.

Pengalaman berharga dari bengkel ini ialah mengetahui Kaedah Kawakita Jiro dan sedikit sentuhan teknik menulis novel cara Surah Yusof dan mengetahui falsafah penerbitan buku Syarikat PTS.

Mengimbau kembali pengalaman mengajar cara membuat aturcara komputer di Universiti Putra Malaysia selama lebih 20 tahun mengenai kaedah modular. Membangun aturcara computer menggunakan kaedah modular lebih mudah daripada kaedah lain sebab kaedah modular dilihat dari segi komponen dalam sesuatu aturcara computer yang akan dibina. Aturcara terdiri dari beberapa komponen dan tiap komponen atau prosedur mempunyai fungsi tersendiri.


Kaedah Kawakita Jiro bermula dengan menentukan bab-bab buku yang ingin ditulis, misalnya 10 bab, tiap bab akan dirincikan lagi menjadi subbab sebanyak lebih kurang 10 subbab sehingga kita ada 100 subbab untuk sebuah buku. Jika setiap subbab itu mempunyai 3 halaman tulisan, maka kita akan mempunyai sebuah buku setebal 300 halaman.

Cara menulisnya pula, boleh dimulai dari mana-mana subbab dan pada bila-bila masa idea muncul. Akhirnya akan terdapat 100 penulisan kecil bersaiz 3 halaman masing-masing. Akhir sekali semua 100 penulisan itu digabung menjadi buku.

Ingat, simpan 100 penulisan kecil itu dalam satu folder yang boleh kita namakan “master folder” untuk disusun kembali menjadi buku lain pula dengan memilih tajuk-tajuk penulisan kecil yang relevan dengan tajuk buku yang baru. Ada kemungkinan daripada satu “master folder” akan dapat menghasilkan berpuluh-puluh buku pula. Marilah kita menulis untuk memandaikan bangsa.

Teknik Surah Yusof hanya disebut saja, akan diadakan bengkel lain untuk penulisan novel kemudian oleh PTS.

Bengkel Menulis ini telah diadakan di “Cybernetics International College of Technology (CICT)”, Taman Maluri Cheras pada 25 hingga 27 Julai 2011, membicarakan perkara-perkara berikut,

25 Julai 2011
Kaedah KJ bagi menjana dan menyusun idea.
Membuat chapterization menjadi buku
Kaedah menulis.
Kertas poster notes berpelekat (glue)
Memilih dan memulakan projek menulis satu bab. Latihan rumah.
Sila bawa laptop masing-masing.

26 Julai 2011
Menulis, kaedah menulis: perbincangan. Editing
Bentuk buku,
Format halaman
Mengira Indeks Bacaan, menurunkan indeks. Editing.

27 Julai 2011
Menurunkan Indeks Bacaan
Topik berkaitan dengan Industri buku:
hakcipta,
harta intelektual,
Grafiks
Plagiarism
Royalti dll.

Pemudahcara Bengkel
1. Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan, Professor Bahasa Melayu UPSI.
2. Ustaz Faris Hasbullah, Pengurus Penerbitan, PTS Darul Furqan Sdn Bhd.

Pihak Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics (KTAC), Taman Maluri, Cheras mengucapkan banyak terima kasih atas sumbangan PTS dalam rangka memandaikan bangsa melalui penulisan.